Monday, April 2, 2012

and the racist and whats not goes on and on bla bla bla

baru-baru ni aku ada terbaca satu notes kawan aku di facebook. dan memang apa yang dia tulis adalah sebab aku yang trigger. sebabnya, aku pernah terlepas cakap yang aku tak berapa suka orang kelantan.

yes, aku mengaku aku cakap benda itu. dan isunya disini, bukan pasal aku tak suka orang kelantan atau notes yang ditulis kawan aku tu, tapi niat kawan aku yang menegur aku dan orang-orang lain yang ada persepsi sebegitu terhadap sesetengah orang dan mengaitkan sikap orang tersebut dengan negeri, agama, bangsa warna kulit, ideologi dan whats not.

masa tengah makan nasi tadi, aku teringat benda ni, dan seriously aku sedar, selama ni aku benci terhadap racist. aku benci bila orang kaitkan kelemahan seseorang, kekurangan seseorang dengan kaum orang itu. dengan keadaan fizikal kelompok masyarakat dia. i just couldn't accept it. salah satu sebabnya aku adalah anak campur india dan melayu. aku pantang dengar orang kutuk bangsa melayu, aku berdarah telinga bila dengar orang kaitkan keling dan kelemahan dia. contohnya, bila tengok cerita The Help, aku nangis macam orang gila sebab bagi aku it's just not fair dan bagi aku, dunia sebegitu tak patut wujud dan aku tak mahu percaya dunia prejudis macam tu wujud atas bumi yang Allah kurniakan pada kita.

isunya (juga) disini, aku menyesal dengan kata-kata aku yang aku tak suka orang kelantan. aku seharusnya sedar yang salah seseorang itu, datang dari diri dia, bukan dari masyarakat, kaum, dialek, negeri, taraf hidup atau apa sahaja dikelilingnya, zahir atau tidak. dia memilih untuk menjadi bullshit dan itu datang dari diri dia sendiri.

bila aku fikir balik, i have plenty of  Kelantanese friends yang sangat awesome. dan adalah sangat tidak wajar bagi aku menyalahkan negeri Kelantan hanya kerana seorang rakyatnya yang kurang menyenangkan aku. boleh jadi esok, rakyat negeri aku sendiri (Kedah), orang Johor, Terengganu, Sabah, Myanmar, China ke apa sahaja yang akan menyakitkan hati aku, tapi is it their fault?

kita semua dah dibesarkan dengan cara pemikiran yang sangat busuk. kita dibesarkan dengan tanggapan bahawa salah seseorang itu datang dari apa sahaja dikelilingnya, apa yang tercatit diatas kad pengenalannya, sedangkan pilihan terletak pada tangan kanan dan kiri orang tersebut.


tapi adakah masyarakat yang bersalah kalau kita memilih untuk terus bertanggapan macam tu?


it's that simple.
dan bodohlah kiranya kita menyalahkan kerakyatan, warna kulit atau apa sahaja kerana kebodohan yang telah dipilih oleh seseorang itu.

titatiktok.

6 comments:

Anonymous said...

Aku pun pikir macam kau pikir gak. sebab sebelum ni ramai pulak yang ada masalah dengan aku, dari negara tu. tapi aku ada jugak sesetengah kawan dari negara tu yang okey.

Dewajiwa said...

IMHO,
situasi ini sepatutnya difahami (dianggap) sebagai kita bersikap skeptikal. bukan kita seorang yang racist. kita bersikap skeptikal pada orang negeri sana sebab apa yang kita juga alami bila kita berada di sana dan di kalangan diorang. maksudnya, akan wujud suatu peminggiran atau penolakan orang luar yang dicetuskan oleh sikap skeptikal diorang sendiri juga. skeptikal terhadap skeptesism. tapi semestinya hanya segelintir terutama yang piang punya tahap kenegeriannya sahaja. kan?

kalau kita dianggap racist hanya disebabkan kita bersikap (sedikit)skeptikal, ambil cermin dan pampangkan depan muka si kawan. tanya siapa lebih racist dan super-skeptikal sekarang?

this is just a plain misunderstanding situation. IMHO.

desperate ruumate said...

hai dewajiwa. sememangnya kau mmg dewa kepada jiwa sebab itulah yang sepatutnya aku tulis. skeptikal.

and you wrote it well. i couldnt agree more. dan, aku google, apebenda IMHO tu -.-'

rara, tulah, tak kenal maka tak cinta.

aku tak pernah sangka DR ada readers. mana korang jumpa kami ni?

M. said...

pernah jumpa orang kelantan yang asal kelantan yang duduk kelantan membesar di kelantan, dan dia sendiri cakap, lelaki kelantan tak boleh pakai. aku pulak yang kena cakap kat dia, ehhh tak semestinya blah blah blah HAHAHA

anyway, kau mix india? seriously? siapa? mak ke ayah?

desperate ruumate said...

haha ye mix. bapak aku india. mak melayu -.-'

M. said...

sama la kita. nice ;)